​Teknologi di Alam Melayu

RM45.00
10 days
9789674123048
In stock
+

Teknologi di Alam Melayu

Editor: Nazri Muslim & Abdul Latif Samian

Publisher: UKM Press

ISBN: 9789674123048

Pages: 404pp

Year: 2017

Weight: 0.529kg

Price: RM45

Buku ini diterbitkan atas kesedaran untuk menyemarakkan lagi diskusi ilmiah mengenai teknologi di Alam Melayu.

Perbincangan tentang teknologi Melayu, kepintaran dan kepandaian Melayu berteknologi merujuk kepada tukang atau pandai.

Istilah tukang merupakan istilah umum untuk ahli teknologi Melayu. Seseorang tukang ialah orang yang mahir atau pandai membuat sesuatu barang.

Oleh itu, perbincangan tentang teknologi Melayu ialah perbincangan mengenai tukang dan pertukangan. Pada masa yang sama, pengaruh Islam tergambar dalam perkembangan teknologi Melayu.

Bukti paling mudah ialah dengan melihat motif ukiran yang ada di rumah Melayu lama dan juga motif pada pakaian.

Sesungguhnya tidak dapat dinafikan bahawa teknologi amat diperlukan untuk maju dalam kehidupan pada masa kini dan akan datang.

Bangsa Melayu khususnya perlu mengubah cara berfikir terhadap konsep ilmu teknologi kerana ia adalah salah satu cabang ilmu dalam Islam.

Justeru, penguasaan terhadap ilmu teknologi adalah suatu kefardhuan bagi umat Islam khususnya bangsa Melayu supaya umat Islam menjadi umat contoh dan teladan serta pemimpin kepada umat lain di dunia.

Penguasaan terhadap ilmu teknologi juga dapat menjadikan Melayu bangsa yang bermaruah, dihormati, mampu berdikari dan berdaya saing dalam semua bidang, maka, antara kandungan penting dalam buku ini ialah berkaitan dengan sejarah dan falsafah teknologi di Alam Melayu yang meliputi seni bina, kraf tangan, tekstil, peralatan muzik dan pemikiran tokoh.

Diharap buku ini mampu memperkembangkan satu lagi korpus ilmu mengenai teknologi di Alam Melayu.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan Pos Laju dan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 5 hari bekerja.

1. Bayaran yang dibuat & diemailkan bukti bayaran sebelum 10 AM (hari bekerja), akan terus diproses & dihantar pada hari yang sama.

2. Order atau bayaran yang dibuat selepas pukul 10 AM, akan diproses & dihantar pada hari bekerja berikutnya.

3. Pemprosesan order dibuat pada hari Isnin - Sabtu & penghantaran dilakukan pada hari bekerja Isnin - Jumaat.

4. Sekiranya syarikat courier cuti, order tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat courier mula beroperasi.

5. Tracking number akan dihantar terus ke email anda.

6. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI