​Tujuh Hari Panjang Saga Sheraton

RM60.00
10 days
9789674881603
In stock
+

Tujuh Hari Panjang Saga Sheraton

Editor: Muhamad Takiyuddin Ismail, Suffian Mansor

Publisher: UM Press

ISBN: 9789674881603

Year: 2020

Weight: 0.422 kg

Pages: 294pp

Price: RM60

Tahun 2020 dibuka dengan satu lagi episod bersejarah dalam politik Malaysia iaitu krisis penjajaran semula politik negara atau lebih dikenali umum dengan pelbagai nama seperti Krisis Sheraton, Langkah Sheraton, Operasi Sheraton atau Kudeta Sheraton. Pergolakan “tujuh hari panjang” tersebut menyebabkan tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang baru sahaja memegang tampuk pemerintahan negara selama dua puluh dua bulan ke tangan gabungan politik baru yang dikenali dengan nama Perikatan Nasional (PN).

Krisis Sheraton mencipta sejarah dan kontroversi apabila buat pertama kalinya, peralihan kuasa tidak dilakukan menerusi mekanisme iaitu pilihan raya umum. Tindakan Perdana Menteri ketika itu, Mahathir Mohamad yang meletakkan jawatan secara mengejut telah memulakan mega plot yang dipenuhi ketidaktentuan, pergelutan, kecelaruan dan kekeliruan. Tidak terhenti di situ, krisis politik ini disusuli pula dengan krisis kesihatan paling mencabar selepas kemerdekaan iaitu wabak Covid-19.Pertembungan krisis politik dan krisis kesihatan ini memberikan dimensi timbal balik yang mendalam terhadap trajektori politik Malaysia.

Buku ini ditulis bagi merenung dan mentafsir perkembangan yang berlaku sebelum, sewaktu dan selepas berakhirnya tujuh hari panjang tersebut. Ia memfokuskan kepada isu-isu utama yang banyak diperbahaskan masyarakat umum seperti apakah motif atau motivasi yang mendasari Krisis Sheraton? Siapakah “Keyser Soze” iaitu individu yang menggerak atau menjadi pencatur utama dalam menjayakan pembentukan kerajaan PN? Bagaimana pendirian dan peranan Sarawak dan Sabah dalam rancangan tersebut?Apakah implikasi Krisis Sheraton terhadap politik dan perundangan di Malaysia? Apakah keunikan peranan yang dimainkan oleh Yang di-Pertuan Agong dan Institusi Raja dalam menyelesaikan krisis yang tidak pernah berlaku itu? Apakah perlantikan Perdana Menteri Interim yang disandang oleh Mahathir selama tujuh hari itu sah di sisi undang-undang? Bagaimanakah DAP berperanan dalam membuka jalan terhadap krisis tersebut? Sejauhmana media sohor kini memberikan jawapan terhadap teka teki yang wujud sepanjang berlangsungnya krisis?

Apakah sumbangan yang dimainkan oleh gabungan Muafakat Nasional? Bagaimana golongan muda seperti mahasiswa memberi reaksi mereka terhadap krisis yang berlangsung dan tidak ketinggalan, bagaimana krisis Covid-19 dihujahkan menjadi ‘penyelamat’ kepada legitimasi Perdana Menteri baru, Muhyiddin Yassin dan kerajaan PN yang dipimpinnya. Ditulis dengan gabungan pendekatan akademik dan popular dan dibantu dengan maklumat-maklumat primer, buku ini di harap dapat menjadi rujukan preliminari mengenai saga yang telah mencipta enigma tersendiri.

-------------

MUHAMAD TAKIYUDDIN ISMAIL (Ph.D) merupakan Profesor Madya di di Program Sains Politik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kepakaran dan minat penyelidikan beliau ialah Pendemokrasian dan Pemikiran Politik. Antara buku tulisan beliau ialah; Saga Neokonservatif: Abdullah Badawi, UMNO dan Konservatisme (Penerbit UKM, 2014), Projek Pascaetnik: Melayu dalam DAP (Penerbit UKM, 2018) dan juga buku yang telah memenangi Anugerah Buku Negara 2019, Bantuan Demokrasi dan Pendanaan Asing di Malaysia: Melewati Pertukaran Rejim (Penerbit Universiti Malaya, 2019).

SUFFIAN MANSOR (PhD) merupakan Pensyarah Kanan di Program Sejarah, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kepakaran dan minat penyelidikan beliau ialah sejarah politik Sabah dan Sarawak dan Sejarah China Moden. Antara buku tulisan beliau ialah; Tun Perak: Dalam Pemerintahan dan Pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka (Penerbit UKM, 2019), Tema Baru Penulisan Sejarah (Penerbit Universiti Malaya, 2012) dan Sejarah China Moden (Penerbit Universiti Malaya, 2009).

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan Pos Laju dan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 5 hari bekerja.

1. Bayaran yang dibuat & diemailkan bukti bayaran sebelum 10 AM (hari bekerja), akan terus diproses & dihantar pada hari yang sama.

2. Order atau bayaran yang dibuat selepas pukul 10 AM, akan diproses & dihantar pada hari bekerja berikutnya.

3. Pemprosesan order dibuat pada hari Isnin - Sabtu & penghantaran dilakukan pada hari bekerja Isnin - Jumaat.

4. Sekiranya syarikat courier cuti, order tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat courier mula beroperasi.

5. Tracking number akan dihantar terus ke email anda.

6. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI