Wakaf Kesihatan di Malaysia

RM38.00
10 days
9789831009321
In stock
+

Wakaf Kesihatan di Malaysia

Author: Norizah Mohamed @ Haji Daud & Asmak Ab Rahman

Publisher: UM Press

ISBN: 9789831009321

Weight:

Year: 2017

Page:

Price : RM38

Buku ini melihat wakaf sebagai satu ibadah dan hospital sebagai sebuah institusi. Gabungan kedua-duanya telah mengukuhkan sistem kemudahan kesihatan awam pada zaman kegemilangan Islam dan dapat dilihat kesinambungannya pada masa kini. Dari segi sejarah, wakaf telah berperanan dalam membiayai kesihatan sama ada untuk pengurusan hospital, doktor yang bertugas, peralatan mahupun keperluan pesakit. Hospital wakaf di zaman kegemilangan Islam ini memberikan rawatan kepada semua golongan secara percuma tanpa mengira agama, bangsa mahupun jantina. Hospital juga dibina di dalam perkarangan masjid menggambarkan simbolik hubungan yang erat antara hospital wakaf dengan pewakaf yang sememangnya berwakaf kerana mencari keredaan Allah. Ini kerana wakaf adalah satu amalan yang sangat unik yang dilakukan oleh seseorang hamba Allah bagi tujuan untuk mendekatkan diri dengan pencipta-Nya.

Buku ini juga mengupas hubungan wakaf dengan Hospital Waqaf An-Nur (HWAN) yang memberikan perkhidmatan kesihatan pada masa kini. Penulisan buku ini memfokuskan tentang peranan wakaf kesihatan dan sumbangannya terhadap masyarakat dalam mendapatkan rawatan penjagaan kesihatan di HWAN. Model wakaf kesihatan yang dilaksanakan oleh Hospital Waqaf An-Nur (HWAN) menarik golongan berpendapatan rendah untuk mendapat rawatan di sini. Dalam konteks masa kini walaupun HWAN adalah hospital wakaf ia mengenakan bayaran kepada pesakit. Namun begitu, bayaran yang dikenakan masih mampu ditanggung oleh golongan berpendapatan rendah dan miskin, manakala golongan fakir tiada bayaran dikenakan.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan Pos Laju dan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 5 hari bekerja.

1. Bayaran yang dibuat & diemailkan bukti bayaran sebelum 10 AM (hari bekerja), akan terus diproses & dihantar pada hari yang sama.

2. Order atau bayaran yang dibuat selepas pukul 10 AM, akan diproses & dihantar pada hari bekerja berikutnya.

3. Pemprosesan order dibuat pada hari Isnin - Sabtu & penghantaran dilakukan pada hari bekerja Isnin - Jumaat.

4. Sekiranya syarikat courier cuti, order tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat courier mula beroperasi.

5. Tracking number akan dihantar terus ke email anda.

6. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan.


JAMINAN KAMI

HUBUNGI KAMI