​Warisan Kepimpinan dan Ketuanan Melayu 1945-2013

RM35.00
9789670764597
In stock
+

Warisan Kepimpinan dan Ketuanan Melayu 1945-2013

Author: Ishak Saat

Publisher: UTHM Press

ISBN: 9789670764597

Weight:

Year: 2016

Page: 253pp

Price : RM35

Buku ini merupakan hasil kajian berkaitan dengan perkembangan politik sejak zaman sebelum merdeka sehinggalah memasuki era alaf baharu. Ia cuba menyingkap sejarah perkembangan kepimpinan politik Melayu selepas Perang Dunia Kedua iaitu bermula dari era zaman moden. Ia turut memaparkan tentang bangsa Melayu yang mendominasi Malaysia dari segi kependudukan dan kepimpinan politik sejak zaman-berzaman.

Tempoh masa kajian, iaitu dari 1945 hingga 2013 ingin memaparkan perkembangan dan hala tuju kepimpinan politik Melayu, serta sejarah kepimpinan Melayu yang memperlihatkan kepelbagaian aliran pemikiran pemimpin dalam masyarakat Melayu. Lantaran itu, melahirkan kelompok-kelompok politik yang berjuan untuk mendapatkan kuasa.

Buku ini mengandungi 7 bab. Bab 1 memaparkan tentang asal usul bangsa Melayu. Bab 2 membicarakan persoalan latar belakang politik Melayu. Bab 3, 4 dan 5 membicarakan persoalan kepimpinan politik Melayu yang dibahagikan kepada 3 bahagian, iaitu bab 3 tentang kepimpinan politik Melayu sebelum merdeka. Bab 4 membicarakan tentang kepimpinan politik pasca merdeka dan bab 5 pula membicarakan kepimpinan politik Melayu di alaf baharu. Bab 6 pula mengajak para pembaca memikirkan tentang masa depan politik orang Melayu yang perlu diacukan dengan acuan yang berteraskan Islam.

Kemudian bab terakhir pula merumuskan keseluruhan buku ini yang melihat sejauh manakah warisan kepimpinan dan ketuanan Melayu meninggalkan kesan terhadap masa depan dan hala tuju bangsa Melayu? Lantaran itu, buku ini menyarankan agar seluruh kepimpinan politik Melayu melihat sejarah bangsa Melayu dan mengambil iktibar daripadanya.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


OUR GUARANTEE

CONTACT US